Laman web rasmi untuk filem live-action manga Little Miss P (Seiri-chan) oleh Ken Koyama mula menayangkan trailer untuk filem itu pada hari Selasa. Trailer itu menayangkan lagu tema filem iaitu "Suru" (I'll Do It) oleh The Peggies. Laman ini juga mendedahkan tarikh tayangan filem pada 8 November dan poster baru untuk filem itu.
Shunsuke Shinada mengarahkan filem ini, dan Shin Akamatsu menjadi penulis skrip. Yui Kouchi meggubah muzik.
Yen Press menjadi pemegang lesen manga dan ia menerangkan siri ini:
Ketika masa di waktu itu, dan sudah terserlah ... lawatan darimakcik Flo, Little Miss P! Waktu lawatan si merah jambu, antropomorphis ini tidak begitu tenang, agak bermakna, dan tegas, berterus-terang! (Hanya tanya Encik Erection ...) Ikuti pengembaraan Little Miss P ketika dia habiskan masa dengan menasihati, menganggu, mengacau, dan menghiburkan wanita pada lawatan bulanannya (kebiasaannya) dalam manga unik dan mengejutkan yang menyentuh perasaan ini!
Koyama pada asalnya menghasilkan manga ini dengan tajuk Tsukiichi! Seiri-chan di laman web Omocoro, dan Kadokawa menerbitkan kompilasi yang dikumpulkan di bawah tajuk Seiri-chan pada bulan Jun 2018. Koyama melancarkan manga sebagai bersiri dalam Monthly Comic Beam November lalu. Yen Press menerbitkan jilid pertama pada 18 Jun. Manga ini disenaraikan di senarai Kono Manga ga Sugoi! 2019 oleh Takarajimasha sebagai manga yang mempunyai pembaca wanita teratas, dan juga memenangi Short Work Prize dalam anugerah Hadiah Kebudayaan Tezuka Osamu Tahunan ke-23 pada awal tahun ini.
Sumber: AnimeNewsNetwork, Laman Web Rasmi Miss P, Comic Natalie
No comments:
Post a Comment