Dan juga, laman web itu mendedahkan pada hari Ahad lepas, filem itu berjaya memperolehi 3,480,224,800 yen (RM 136,475,470) di Jepun dan berjaya menjuak 2,644,234, tiket.
Filem ini mula ditayangkan di jepun pada 14 Julai dan berjaya mengutip 980 juta yen(RM38,430,264) dalam 4 hari pertama tayangannya.

Sorachi mula melukis manga pada tahun 2004 dan hasil kerjanya itu sentiasa berada ditempatkan di dalam senarai yang paling banyak terjual. Manga itu sudah diterbitkan sebanyak 50 juta salinan di Jepun. Viz Media menerbitkan 23 jilid pertama dalam bahasa Inggeris. Shueisha menerbitkan jilid ke-69 manga tersebut pada 4 Julai. Manga itu memasuki arc terakhirnya pada Julai lepas.
Manga itu telah diadaptasi menjadi anime yang mula ditayangkan pada 2006 dan terus ditayangkan (walaupun kadang-kadang ia berhenti sekejap) sehingga 2013. Tayangan anime Gintama yang kelima bermula pada 8 Januari dan ditayangkan semula pada April. Crunchyroll juga menayangkan siri terbaru pada yang sama dengan Jepun dan juga menayangkan episod berbahasa Inggeris. Laman web rasmi anime mengumumkan yang tayangan anime akan bersambung pada Oktober depan di Tokyo TV dengan "Arc Porori".
Manga itu juga menyebab dua filem anime diterbitkan, termasuklah filem terakhir Gekijōban Gintama Kanketsu-hen: Yorozuya yo Eien Nare yang mula ditayangkan pada 2013 dan pelbagai OVA dan acara anime.
Sumber : AnimeNewsNetwork, Animate Times

No comments:
Post a Comment