Thursday, 31 August 2017

Blue Encount Akan Menyanyikan Lagu Tema Untuk Anime Gintama pada Oktober Nanti

Isu ke-40 Weekly Shonen Jump oleh Shueisha mengumumkan Isnin lepas bahawa Blue Encount akan menyanyikan lagu tema untuk anime Gintama yang akan bersiaran pada Oktober nanti. Kumpulan rock itu juga menyanyikan lagu tema untuk anime Gintama pada tahun 2015.

Anime Gintama akan bersiaran semula di TV Tokyo pada Oktober depan dengan "Porori Arc". Petugas belum lagi mengesahkan seara rasmi sama ada arc itu ialah animasi baru berdasarkan manga, cerita asal daripada anime atau tayangan semula. Anime itu mula ditayangkan semula dengan turutan permulaan dan pengakhiran yang baru.

Sorachi mula melukis manga pada tahun 2004 dan hasil kerjanya itu sentiasa berada ditempatkan di dalam senarai yang paling banyak terjual. Manga itu sudah diterbitkan sebanyak 50 juta salinan di Jepun. Viz Media menerbitkan 23 jilid pertama dalam bahasa Inggeris. Shueisha menerbitkan jilid ke-69 manga tersebut pada 4 Julai. Manga itu memasuki arc terakhirnya pada Julai lepas.

Manga itu telah diadaptasi menjadi anime yang mula ditayangkan pada 2006 dan terus ditayangkan (walaupun kadang-kadang ia berhenti sekejap) sehingga 2013.  Tayangan anime Gintama musim yang kelima bermula pada 8 Januari dan ditayangkan semula pada April.

Sumber : AnimeNewsNetwork

Gempak Starz Memberikan Lesen Manga Rahsia x Rahsia oleh Yuki Morita

Syarikan penerbit Malayisa, Gempak Starz, mengumumkan bawah syarikat itu memberikan lesen untuk manga Rahsia x Rahsia (Himitsu x Himitsu) oleh Yuki Morita minggu lepas.
Malaysian publisher Gempak Starz announced last week that it has licensed Yuki Morita's Rahsia x Rahsia (Himitsu x Himitsu) manga.

Manga itu berkisarkan tentang Ayame. Suatu hari dia menerima surat yang tiada nama pengirim. Surat itu mengarah dia untuk memasuki sebuah bilik terlarang di sekolahnya. Esoknya, dia memasuki bilik itu dan bertemu dengan Okano, lelaki yang paling terkenal di sekolahnya. Mereka menghabiskan masa bersama dengan senyap-senyap di dalam bilik itu selama setahun.

Morita menerbitkan tiga bab manga itu di majalah Shogakukan oleh Ciao pada 2013. Shogakukan menerbitkan menjilidkan manga itu pada November 2013.

Belinya secara atas talian di SINI


Sumber : AnimeNewsNetwork, Gempak StarZ

Wednesday, 30 August 2017

Video Iklan Himouto! Umaru-chan R Serlahkan Kirie

Laman web rasmi untuk Himouto! Umaru-chan R, anime musim kedua manga Himouto! Umaru-chan oleh Sankaku Head, menayangkan iklan yang memaparkan Kirie Motoba pada Khamis lepas.





Laman web itu sebelum ini menayangkan iklan yang mempamerkan Umaru dan Ebina.

Anime ini akan disiarkan di Jepun oleh Tokyo MX, ABC Asahi Broadcasting, BS11, dan ATX bermula Oktober depan.

Petugas yang sama semasa musim pertama ialah studio anime Doga Kobo, pengarah Masahiko Ota, penyelia skrip Takashi Aoshima dan pereka watak, Aya Takano. Pelakon suara utama juga pelakon yang sama : 

Aimi Tanaka sebagai Umaru Doma
Kenji Nojima sebagai Taihei Doma
Akari Kageyama sebagai Nana Ebina
Haruka Shiraishi sebagai Kirie Motoba
Yurina Furukawa sebagai Sylphynford Tachibana

Musim pertama anime bersiri ini mula ditayangkan pada Julai 2015 dan Crunchyroll menyiarkan anime pada waktu yang sama. Sentai Filmworks melancarkan anime ini di Amerika Utara berserta alih bahasa Inggeris pada 30 Mei.

Manga dan anime berkisarkan tentang Taihei Doma dan adiknya, Umaru, yang cantik dan ideal dari segi akademik dan sukan. Akan tetapi, dia rahsia. Semua orang mungkin fikir dia gadis yang ideal tetapi dia hanyalah "Himouto". Perkataan Himouto mempunya sebutan lebih kurang dengan imouto (adik perempuan) dan "himono" yang bermaksud "ikan kering" tetapi dalam loghat tertentu, ia boleh bermaksud perempuan yang elok di luar tetapi pemalas di rumah.


Sankaku Head melancarkan manga ini di Weeklu Young Jump pada 2013 (selepas dua bab Himouto! Umaru-chan! di Miracle Jump pada 2012). Manga itu berjaya dicetak sebanyak2.7 salinan pada Mac lepas.

Sumber : AnimeNewsNetwork

Tohru Furuya Akan Menjadi Pelakon Suara Yamcha Dalam Permainan Aksi Dragon Ball FighterZ

Pelakon suara Tohru Furuya mengesahkan yang dia akan menjadi pelakon suara bagi watak Yamcha apabila dia menyatakan yang dia sedang merakam ayat untuk watak itu dalam siri Dragon Ball pada Jun lepas. Siri Dragon Ball itu merujuk kepada permainan Dragon Ball FighterZ oleh Bandai Namco Entertainment dan Arc System Work. Dia tidak menyatakan pula sama ada Yamcha boleh dimainkan dalam permainan itu atau akan muncul di dalam permainan dalam mod yang lain.

Bandai Namco Entertainment akan melancarkan permainan berlawan tiga-lawan-tiga untuk platform PlayStation 4, Xbox One, dan PC. Bandai Namco Entertainment Amerika dan Eropah akan melancarkan "CollectorZ Edition" yang mengandungi figura Goku, tiga kertas lukisan, dan buku nota. Sesiapa yang menempah awal permainan ini di Eropah dan Amerika Utara akan mendapat kod untuk mendapat Super Saiya Blue Goku dan Super Saiya Blue Vegeta dan dua tempat kosong avatar.






Permainan ini dijadualkan untuk dilancarkan di Februari 2018. Closed Beta untuk permainan itu akan dikeluarkan pada 16 hingga 18 September.


Bandai Namco Entertainment Amerika menghuraikan permainan itu : 

Arc System Works menjadikan permainan ini sebagai permainan yang hebat, penuh dengan aksi yang menggabungkan taktik berlawan 2D dengan model watak 3D lanjutan supaya pemain dapat merasakan mereka berlawan dalam siri Dragon Ball.

Bandai Namco Entertaiment memberi sedikit plot untuk permainan ini : 

Dengan kembalinya Android 16 dan serangan tentera misteri, wira hebat hampir kalah. Apa yang bakal terjadi?
Watak yang boleh dimainkan ialah Goku (Super Saiyan), Gohan Remaja (Super Saiyan 2), Vegeta (Super Saiyan), Trunks Masa Depan (Super Saiyan), Freeza (Bentuk Terakhir,Freeza Keemasan), Cell (Bentuk Sempurna, Krillin, Piccolo, Android 18 (bersama Android 17), dan Android 16.





Tuesday, 29 August 2017

Manga Sampingan Macross Delta Spinoff Berakhir Pada Bulan September

Isu majalah Ichijinsha Monthly Comic Rex untuk bulan Oktober mendedahkan bahawa Shion Mizuki akan menamatkan manga Macross Delta - Ginga o Michibiku Utahime (Macross Delta - The Songstress That Guides the Galaxy) sabtu lepas. Dia akan menamatkan manga itu di dalam majalah itu untuk isu bulan depan.

Manga sampingan (spinoff) menumpukan ahli Walkure, Freyja Wion dan hari-harinya. Mizuki (Guilty Crown) melancarkan manga di Monthly Comic Rex pada April 2016. Ichijinsha melancarkan jilid kedua manga itu pada 27 April.

Francais ini juga melahirkan manga lain dan sebuah novel. Tatsuwo melancarkan adaptasi anime itu pada April 2016 di dalam Kodansha Monthly Shonen Sirius yang masih bersiaran. Kodansha menerbitkan jilid kedua manga itu pada 9 Mac. Kei Ichimonji melancarkan Macross Delta Gaiden - Macross E di dalam majalah isu istimewa Kodansha pada Mei 2016 dan berakhir pada 20 Januari apabila majalah menghentikan penerbitannya. Kodansha menerbitkan jilid kedua dan terakhir manga itu pada 9 Mac. Azuki Fuji melancarkan Macross Delta - Kuroki Tsubasa no Shiro Kishi (Macross Delta - The Black-Winged White Knight) dalam majalah Ichijinsha Monthy Comic Zero Sum pada April 2016 dan berakhir bulan Mac lepas. Ichijinsha melancarkan manga jilid kedua manga itu pada 25 April.

Anime bersiri Macross Delta mempunyai 26 episod dan disiarkan bermula April hingga September 2016, dengan pratonton episod pertama pada 2015. Siri ini menerima projek filem anime. Francais Macross menerima siri anime baru untuk 2018 bagi memperingati ulang tahun yang ke-35 francais itu.

Idol unit Walker, di dalam cerita itu akan menjadi unit idol di dunia sebenar. Kumpulan itu mengadakan beberapa konsert. Album pertama group itu berjaya memenangi Album Animasi Terbaik Tahun 2017 di Recording Industry Association of Japan, RIAJ (Persatuan Industri Rakaman Jepun) untuk Japan Gold Disc Award (Anugerah Cakera Emas Jepun).

Permainan Video Gungrave VR Dilancarkan Untuk PS VR di Jepun Pada 2017

Pengeluar permainan video Korea mengumumkan pelancaran Gungrave VR "permainan menembak aksi sinematik" untuk PlayStation VR di Jepun pada 2017. Pembuat permainan video Korea, Iggymob akan membangunkan permainan itu.


Pemaju permainan ini akan memelihara dunia asal permainan Gungrave dan meneruskan cerita judul kedua, Gungrave : Overdose, untuk mengoptimumkan versi permainan asal dalam platform PlayStation VR. Ciri-ciri permainan ini ialah tembakan tanpa had, kamera orang ketiga, dan kamera orang pertama dengan "tembakan dinamik". Versi permainan untuk komputer yang menggunakan Oculus, Vive, dan alat mendengar VR yang lain juga dirancang selepas pelancaran untuk PlayStation 4, juga menggunakan PlayStation VR. 

Illustrator Yasuhiro Nightow dan kompser, Tsuneo Imahori kembali semula daripada permainan asal Gungrave untuk menjayakan permainan ini. Imahori akan menggubah lagi tema "Bara Armati" untuk permainan ini.

Permainan Gungrave asal milik Red Entertainment mula dijual untuk PlayStation 2 pada 2002. Sekuel, Gungrave : Overdose milik Ikusabune  mula dijual untuk PlayStation 2 pada 2004.

Permaian diinsipirasikan daripada anime bersiri 26 episod yang mula ditayangkan pada 2003 hingga 2004. MyAnimeList meringkaskan anime tersebut :


"Brandon Heat dan Harry MacDowel merupakan kawan yang sangat rapat hingga dianggap
sebagai adik beradik. Mereka menerima peringatan mendadak dan kejam tentang satu hari yang menyedarkan mereka bagaiman dunia boleh menjadi sangat kejam. Hidup mereka sebelum itu hanyalah ringkas dan riang iaitu bergaduh dengan orang tempatan, menggoda perempuan dan mencuri untuk terus hidup dan membuang masa. Mereka tidak sedar bahawa dalam dunia yang kejam ini, kebahagiaan hanyalah sekejap dan perubahan itu pasti.

Millenion, kawasan yang yang paling besar dan terkenal dengan mafia, di mana Brandon dan Harry diterima dan mereka mulakan hidup mereka dari bawah rantai makanan. Harry bercita-cita untuk meningkatkan tahap mereka dan menggantikan Big Daddy yang mana ketua Millenion sementara Brandon hanyalah ingin menyokong kawannya dan berbuat baik kepada Big Dadddy kerana dia menangkap perempuan yang Brandon cintai."

Berdasarkan anime itu, permainan kamera orang ketiga ini menggunakan nama yang sama, Gungrave, mempamerkan cerita mengenai persahabatan sejati, pengkhianatan dan ketamakan yang memakan beberap tahun dan akhirnya kembali semula kepada peringatan di awal episod dan menjadikan konlusi cerita ini sangat mendebarkan.

Sumber  : AnimeNewsNetwork, 4Gamer melalui Siliconera

Musim Keempat Anime Rainy Cocoa Bakal Disiarkan Oktober Nanti

Laman web rasmi anime bersiri Ame-iro Cocoa (Rainy Cocoa) mengumumkan pada 16 Ogos lepas bahawa musim keempat anime ini yang berjudul Ame-iro Cocoa Series 'Ame-con!!' akan ditayangkan di Tokyo MX pada 4 Oktober dan di Sun TV pada 7 Oktober. Sama seperti musim ketiga, "Ame-con!!" (Konvensyen Ame-iro ataupun Konvensyen Hujan [Warna]) yang terbaru ini akan berkisarkan tentang kedai kopi baru Nozomu Takura di Hawaii.


Pada musim ketiga, Rainy Color membuka kedai kopi baru yang bertempat di Hawaii, dan Koji Amami melantik Nozomu Tokura untuk menjadi pengurus kedai baru itu. Anime ini menceritakan tentang bagaimana Nozomu mendapat kawan baru dan berkerja keras untuk menjayakan kedai baru itu.

Anime Rainy Cocoa yang pertama mula ditayang pada April 2015 dan sekuelnya, Rainy Cocao, Ameiro Cocoa Rainy color e Yōkoso! (Welcome to Rainy Color, Selamat Datang ke Rainy Color) yang mula ditayangkan pada Oktober 2015. Musim ketiga Rainy Cocoa di Hawaii mula ditayangkan Oktober lepas. 

Sumber : AnimeNewsNetwork

Monday, 28 August 2017

Manga Asagao to Kase-san Mendapat Projek Anime Pada 2018

Akaun rasmi Twitter untuk klip animasi lima minit yang diadaptasi daripada manga Asagao to Kase-san (Kase-san and Morning Glories) karya Hiromi Takashima mendedahkan projek anime baru untuk manga itu.



Manga itu berkisarkan tentang cerita romantik antara "Yamada, si cemerkap yang sukakan bunga dan Kase-san, seorang yang bersemangat yang merupakan bintang larian sekolah mereka." MyAnimeList meringkaskan cerita ini :


Yamada mungkin malu dan cemerkap tapi, taman bunga di sekolahnya sentiasa
mengembirakan dia. Tiba-tiba, sesuatu yang cantik menarik perhatiannya iaitu  bintang larian di sekolahnya, Kase-san. Walaupun kedua-dua gadis ini seperti tiada persamaan, mereka mulakan detik romantik mereka di mana mereka terpaksa belajar cara untuk mengeratkan hubungan mereka. Bolehkah kedua-dua gadis ini, bagaikan langit dan bumi, belajar bercinta? 


Takashima menghasilkan manga bersiri Kase-san Series ini di manga yuri antologi Hirari oleh Shinshokan tetapi majalah itu dihentikan penerbitannya di 2014. Siri ini masih diteruskan di platform manga atas talian, Web Wings oleh Shinshokan. Manga ini mula disirikan di aplikasi LINE Manga pada Mac.

Shinshokan mula menerbitkan Asagao to Kase-san. (Kase-san and Morning Glories) pada 2012 diikuti oleh Obento to Kase-san. (Kase-san dan Bento) pada 2012, Shortcake to Kase-san. (Kase-san danShortcake) pada 2015 dan Apron to Kase-san. (Kase-san dan Apron) pada 25 Julai.


Dragon Ball Super, One Piece Episod Istimewa Disiarkan Dalam Iklan Bersama

Iklan bersama One Piece dan Dragon Ball Super yang istimewa untuk bulan Oktober disiarkan Isnin lepas.



Poster baru "Dua Wira Hebat Jump" juga dikeluarkan untuk mempromosikan episod istimewa ini : 




Slogan yang ditulis di poster itu ialah "Keseronokan dan pengembaraan tak akan berakhir"

Stesen kereta api di Tokyo, Seibu Shinjuku dan Seibu Ikebukuro akan mempamerkan poster versi panorama di platform mereka selama satu minggu, bermula Isnin lepas. Selain itu, akaun Twitter rasmi bagi kedua-dua siri ini mengadakan kempen pemberian percuma poster itu dengan tandatangan kedua-dua pengalih suara, Masako Nozawa (Goku) dan Mayumi Tanaka (Luffy).

Episod istimewa satu jam untuk One Piece akan disiarkan pada hari Ahad, 1 Oktober pada 9:00 pagi (8:00 pagi waktu Malaysia). Episod istimewa satu jam untuk Dragon Ball Super akan disiarkan seminggu selepas itu, 8 Oktober pada waktu yang sama. Dragon Ball Super dan One Piece biasanya akan bersiaran pada setiap hari Ahad dari jam 9:00 pagi hingga 10:00 pagi. Setiap episod istimewa itu mengandungi dua episod bagi setiap siri itu.

One Piece juga mendapat episod istimewa dua jam yang bertajuk "Episode of East Blue"(One Piece Episode of East Blue: Luffy to 4-nin no Nakama no Daibōken) yang bersiaran  pada 26 Ogos pada 9:00 malam dan berakhir pada 11:10 malam. Crunchyroll akan menyiarkan episod itu ekarang dan Funimation akan meyiarkan episod itu bermula pukul 3:00 pagi (3:00 petang waktu Malaysia) pada Isnin depan. Episod isitmewa ini ialah satu hasil kerja yang baru dengan animasi yang dihasilkan semula berlatarkan ketika permulaan siri ini hingga ketika anak kapal itu sampai ke Grand Line.

Sumber  : AnimeNewsNetwork, Comic Natalie

Sunday, 27 August 2017

Video Prolog 13 Minit Permainan Yakuza Online Didedahkan

Saluran Youtube rasmi Sega untuk francais Yakuza (Ryu go Gotoku) memuat naik video 13 minit prolog mengenai permainan video Yakuza Online pada Sabtu lepas. Video prolog itu menjelaskan kelahiran dan cara hidup protagonis permainan itu, Ichiban Kasuga.




Permainan ini akan dilancarkan untuk platform iOS dan Android serta PC pada 2018.

Sega juga membuka satu laman web pada Sabtu lepas bersempena dengan pelancaran permainan ini yang mana menunjukkan gambar Ichiban. Selepas cerita Kazuma Kiryu yang mana permainan Yakuza 6: The Song of Life, Yakuza Online mulakan siri "New Yakuza" dengan Ichiban sebagai protagonis. Watak itu disuarakan oleh Kazuhiro Nakaya. Sega juga merancang untuk meneruskan siri "New Yakuza" dengan platform permainan konsol selepas Yakuza Online dilancarkan.



Permainan ini boleh didapati secara percuma tetapi ada barang di dalam permainan ini yang dijual. Permainan ini menggunakan latar masa 2018 di kawasan Kamurocho di Tokyo.Ichiban dilahirkan 1977 dan dibesarkan di Kamurocho. Ichiban pulang ke Kamurocho selepas menghabiskan 17 tahun di penjara. Dia akan berkerja keras untuk mengawal semula jalan itu daripada pemerintahan kesatuan polis dan Peikatan Omi.

Laman web rasmi permainan ini juga mendedahkan permainan francais Yakuza ini menjual 9.5 juta salinan.

Sega akan menjual Yakuza 6 : The Song of Life (Ryu ga Gotoku 6 : Inochi no Uta) di Barat dengan platform PlayStation 4. Permainan ini ialah gerak utama yang pertama yang dikeluarkan oleh francais yang mengekalkan sari kata bahasa Inggeris dalam permainan. Sega akan menjual permainan ini di Barat awal 2018. Permainan ini dijual untuk PS4 di Jepun pada Disember 2016.



Saturday, 26 August 2017

Permainan Video Yakuza Kiwami 2 Akan Dijual Pada 7 Disember

Sega mengumumkan ketika acara siaran langsung Sabtu lepas bahawa syarikat itu sedang mengusahakan permainan video Ryu ga Gotoku Kiwami 2 (Yakuza Kiwami 2). Sega akan menjual permainan itu bagi platform PlayStation 4 pada 7 Disember. Harga permainan itu ialah 7,590 yen (RM 295) serta edisi khas yang berharga 11,590 yen (RM 451).

Permainan itu ialah pembikinan semula permainan yang asal, Ryu go Gotoku 2. Sebelum ini, Sega mengeluarkan versi HD untuk permainan ini di Jepun sahaja untuk platform PS3 pada 2012 dan untuk platform Wii U pada 2013.


Pembikinan semula dalam platform PS4 akan menggunakan "Dragon Engine" yang Sega gunakan untuk membuat Yakuza 6 :The Song of Life. Pembikinan ini juga akan memasukkan watak baru dan senario baru yang boleh diikuti.


Permianan Yakuza Kiwami yang pertama ialah pembikinan semula permainan Yakuza (Ryu ga Gotoku) yang asli dengan ciri-ciri grafik dibuat semula yang sangat berbeza serta digunakan platform PS4 dan saiz 1080p serta 60fps. Pelakon Jepun merakam semula percakapan mereka sempena permainan ini, dan buat pertama kali, Sega Barat akan mengeluarkan permainan Yakuza asli yang mempunyai bahasa Jepun walaupun di Barat. Pembikinan semula ini juga memasukkan atur cara perlawanan yang ditingkatkan. Permainan ini juga memasukkan sistem "Majima Everywhere", di mana Goro Majima akan muncul di dalam permainan ini ketika "masa yang tak sepatutnya".


Permainan ini dijual di Jepun pada 21 Januari bagi PS3 dan PS4.


Sega akan mengeluarkan permainan ini untuk Amerika Utara pada 29 Ogos, dan Deep Silver akan mengeluarkan permainan ini di Eropah pada hari yang sama. Kedua-dua syarikan ini akan mengeluarkan permainan ini dalam bentuk digital dan bentuk fizikal.



Sega akan mengeluarkan Yakuza 6 : The Song of Life (Ryu ga Gotoku 6 : Inochi no Uta) di Barat bagi platfrom PlayStation 4. Permainan ini ialah permainan garis utama yang pertama bagi francais tersebut yang mengekalkan sari kata dalam tajuk bahasa Inggeris dalam permainan itu.





Sumber : AnimeNewsNetwork, Dengeki Online, Inside Games (Nennetaro)

Siri Anime Kino's Journey Mula Ditayangkan Bermula 6 Oktober

Laman web rasmi siri anime yang baru, Kino no Tabi - the Beautiful World- the Animated Series, mengumumkan bahawa anime ini akan mula ditayangkan pada 6 Oktober pada 10 malam dan akan ditayangkan lewat petang di Tokyo MX, Sun TV, KBS Kyoto dan BS11.

Siri baru ini diadaptasi daripada novel Kino's Journey - The Beautiful World  karangan Keiichi Sigsawa. Crunchyroll akan menayangkan siri ini juga secara atas talian.

Tomohisa Taguchi (Persona 4 the Golden Animation, Persona 3 the Movie #4 Winter of Rebirth, Twin Star Exorcists) akan mengarah anime ini di Lerche. Yukie Sugawara (Overlord, Hina Logi: from Luck & Logic) akan bertanggungjawab dengan skrip ini. Ryoko Amisaki (Sumomomo Momomo - Chijō Saikyō no Yome, Danganronpa 3: The End of Hope's Peak High School: Future Arc)  mengadaptasi reka bentul asal watak Kouhaku Kuroboshi untuk animasi. EGG FIRM pula sebagai penerbit. Nagi Yanagi (A Lull in the Sea, My Teen Romantic Comedy SNAFU, Bakemonogatari) akan menyanyikan lagu tema pembukaan dan penutup anime ini.

Sumber : AnimeNewsNetwork, MoCa News

Anime My Hero Academia Mendedahkan Poster Baru Babak 'Final Exam'

Laman web rasmi siri anime rasmi Boku no Hero Academia mendedahkan poster baru untuk anime pada Sabtu lepas, dilukis oleh pereka watak Yoshihiko Umakoshi. Poster baru ini menonjolkan babak anime yang akan datang "Final Exam Arc". Babak ini akan bermula pada 2 September 2017.



Musim kedua anime ini akan ditayangkan dalam bahasa Jepun dengan sari kata bahasa Inggeris di Crunchyroll dan Hulu pada 1 April 2017 dan FunimationNow akan menayangkan dengan alih suara bahasa Inggeris. Kali ini, anime ini akan ditayangkan sebanyak 25 episod. Musim terbaru ini akan merangkumi babak U.A Sports Festival dan babak Hero Killer Stain, daripada manga lukisan Kohei Horikoshi.

Sumber : AnimeNewsNetwork, Nijimen

Friday, 25 August 2017

Manga Omiai Aite wa Oshiego, Tsuyoki na, Mondaiji. Diadaptasi Dengan Dua Pelakon Berbeza

Studio anime, Seven, telah membuat laman sesawang pada Jumaat lepas untuk mengumumkan yang manga oleh Sigma Torai, Omiai Aite wa Oshiego, Tsuyoki na, Mondaiji. (Orang Yang Merisik Saya Ialah Pelajar, Kuat, Dan Budak Bermasalah), manga romantik dewasa, akan diadaptasi menjadi anime pendek yang akan disiarkan di televisyen dan juga atas talian.


Rina Honizumi (TV) dan Miu 

Siri pendek ini mempunyai dua pelakon berbeza bagi setiap watak yang mana watak itu dibahagikan kepada versi TV dan versi "penuh". Pelakon-pelakonnya adalah:

Rina Honizumi (TV) and Miu Aoi (versi penuh) sebagai Nana Saigawa
Yusuke Shirai (TV) and Tetsuto Furukawa (versi penuh) sebagai Shuji Kuga
Tarusuke Shingaki (TV) and Makoto Sakurai (versi penuh) sebagai Soichiro Takamiya

Anime ini akan ditayangkan di Tokyo MX pada 1 Oktober 2017 dan juga ditayangkan di KBS Kyoto dan AT-X.  Laman web Anime Zone milik Comic Festajuga akan menyiarkan anime ini atas talian dengan versi orang dewasa

Saburou Miura, pengarah anime I Can't Understand What My Husband Is Saying, menjadi pengarah, penulis, dan pemeriksa skrip di Seven. Binme akan mereka bentuk dan ketua pengarah animasi dan Goichi Katanozaka akan menjadi pengarah seni. Sakura Komatsu akan menjadi menguruskan warna, Kazuto Horikawa menjadi penyunting dan pengarah fotografi, dan Takahiro Enomoto ialah pengarah bunyi di Studio Mausu.

Seiunsha menerbit manga tersebut di Jepun dan jilid susunan keduanya pada 18 April lepas. Comic Fest juga menerbitkan bab manga secara digital dan menerbitkan bab ke-18 pada 4 Ogos lepas.  Jurang umur cerita cinta mengenai budak bermasalah bernama Shuji Kuga dan cikgu perempuan yang lambat matang, Nana Saigawa.


Source: Comic Natalie, AnimeNewsNetwork

Video Promo Anime Inuyashiki Mendedahkan Watak, Dan Lagu Tema Oleh Man With a Mission

Laman web rasmi siri anime akan datang yang mengadaptasi manga Inusyahiki oleh Hiroya Oku mula menayangan video yang mendedahkan watak utama dan maklumat lagu tema pada Jumaat lepas. Dalam video itu, band MAN WITH A MISSION akan menyanyikan lagu tema yang bertajuk "My Hero".


Noitamina, juga menyiarkan video pendek yang lain.



Antara watak utama anime ini ialah : 

Fumiyo Kohinata sebagai Ichiro Inuyashiki

Ichiro Inuyashiki
Nijiro Murakami sebagai Hiro Shishigami

Hiro Shishigami
Siri anime ini akan mula ditayangkan pada 12 Oktober 2017 di Fuji TV pada blok Noitamina. Anime ini akan disiarkan khas di Amazon Prime Video di Jepun dan luar negara.

Keiichi Satou (Tiger & Bunny, GANTZ:O, Shingeki no Bahamut: Genesis) akan menjadi ketua pengarah siri ini di studio MAPPA. Shuhei Yabuta (3D pengarah Iron Man, Highschool of the Dead, Attack on Titan)juga mengarah siri ini. Hiroshi Seko (Ajin, Seraph of the End: Vampire Reign, Kabaneri of the Iron Fortress) juga ditugaskan dalam komposisi anime ini dan Naoyuki Onda(Rage of Bahamut Genesis, The Legend of the Galactic Heroes, Gantz) akan menjadi mereka bentuk karakter siri ini.


Sumber : AnimeNewsNetwork

Tuesday, 22 August 2017

White Owls Kepunyaan Hidetaka 'Swery' Suehiro Menyiarkan Pratonton The Good Life

Pengasas permainan komputer, White Owls, menyiarkan pratonton perdana untuk permainan komputer terbarunya, The Good Life, Selasa lepas. Video ini memperkenalkan serba sedikit atur cara permainan ini.


White Owls, syarikat yang diasaskan oleh Hidetaka Suehiro (juga dikenali sebagai Swery atau Swery65), merancang untuk melancarkan kempen kutipan amal Fig pada 2 September. Ulasan oleh White Own tentang permainan itu:

"Selamat datang ke The Good Life. Game ini disetkan di Rainy Wood, yang menggelar bandar mereka sendiri sebagai "bandar paling bahagia". Di dalam permainan ini, anda akan menjadi Naomi, jurugambar daripada New York yang mendapati dirinya tersekat di dalam bandar kecil di pedalaman England. Dia menjumpai cara untuk menyelesaikan hutangnya yang banyak tetapi mendapati bandar itu mempunyai rahsia yang mengerikan...

Pada waktu malam, semua penduduk bandar itu akan menjadi kucing. Kenapa perkara begini boleh berlaku? Perkara beginikah yang menyebabkan semua orang gembira? Akan tetapi, semua orang seperti tidak mengingati apa yang mereka buat pada waktu malam. Naomi ingin mengetahui apa yang berlaku di Rainy Wood.

Bukan hanya penduduk saja yang menjadi kucing pada waktu malam. Naomi juga menjadi kucing! Apabila matahari terbenam, anda akan dapat meneroka Rainy Wood dan mencari petunjuk dan barang berharga yang berkaitan dengan perjalanan cerita. Bandar ini sangat berbeza pada waktu malam kerana ada jalan rahsia, atap dan loteng yang hanya boleh kucing boleh pergi."

Pelaburan untuk kempen Fig ialah US$100(RM428)



Shuehiro melancarkan syarikat baru untuk permainan ini yang bernama White Owl pada 1 November 2016 di Osaka. Pada 2002, dia merupakan salah seorang ahli pengasas Access Games, di mana dia memulakan karier pengarah permainan dengan Spy Fiction. Dia juga terlibat dengan pembuatan permainan Deadly Premonition, Lord of Arcana, dan Lord of Apocalypse, dan D4: Dark Dreams Don't Die. Pengasas ini meletak jawatan Acces Games pada 2016.

Sumber : AnimeNewsNetwork

Monday, 21 August 2017

Filem Live-Action Gintama Mendapat Sambutan Hangat Bagi Filem Live-Action Di China.

Akaun rasmi untuk drama live-action filem oleh Hideaki Sorachi manga Gintama mengumukan pada hari Isnin lepas yang filem ini akan ditayangkan di China pada 1 September di 18000 panggung wayang dengan 12,000 tayangan, tayangan yang paling banyak untuk filem live-action Jepun di dalam sejarah tayangan China. Bagi memperingati detik bersejarah ini, Sorachi melakar gambar karakter utama, Gintoki, dengan ucapan "Terima kasih kerana menyokong filem ini" dalam bahasa Cina dan Jepun.



Dan juga, laman web itu mendedahkan pada hari Ahad lepas, filem itu berjaya memperolehi 3,480,224,800 yen (RM 136,475,470) di Jepun dan berjaya menjuak 2,644,234, tiket.


Filem ini mula ditayangkan di jepun pada 14 Julai dan berjaya mengutip 980 juta yen(RM38,430,264) dalam 4 hari pertama tayangannya.


Sorachi mula melukis manga pada tahun 2004 dan hasil kerjanya itu sentiasa berada ditempatkan di dalam senarai yang paling banyak terjual. Manga itu sudah diterbitkan sebanyak 50 juta salinan di Jepun. Viz Media menerbitkan 23 jilid pertama dalam bahasa Inggeris. Shueisha menerbitkan jilid ke-69 manga tersebut pada 4 Julai. Manga itu memasuki arc terakhirnya pada Julai lepas.

Manga itu telah diadaptasi menjadi anime yang mula ditayangkan pada 2006 dan terus ditayangkan (walaupun kadang-kadang ia berhenti sekejap) sehingga 2013.  Tayangan anime Gintama yang kelima bermula pada 8 Januari dan ditayangkan semula pada April. Crunchyroll juga menayangkan siri terbaru pada yang sama dengan Jepun dan juga menayangkan episod berbahasa Inggeris. Laman web rasmi anime mengumumkan yang tayangan anime akan bersambung pada Oktober depan di Tokyo TV dengan "Arc Porori".

Manga itu juga menyebab dua filem anime diterbitkan, termasuklah filem terakhir Gekijōban Gintama Kanketsu-hen: Yorozuya yo Eien Nare yang mula ditayangkan pada 2013 dan pelbagai OVA dan acara anime.

Sumber : AnimeNewsNetwork, Animate Times