Friday, 25 August 2017

Manga Omiai Aite wa Oshiego, Tsuyoki na, Mondaiji. Diadaptasi Dengan Dua Pelakon Berbeza

Studio anime, Seven, telah membuat laman sesawang pada Jumaat lepas untuk mengumumkan yang manga oleh Sigma Torai, Omiai Aite wa Oshiego, Tsuyoki na, Mondaiji. (Orang Yang Merisik Saya Ialah Pelajar, Kuat, Dan Budak Bermasalah), manga romantik dewasa, akan diadaptasi menjadi anime pendek yang akan disiarkan di televisyen dan juga atas talian.


Rina Honizumi (TV) dan Miu 

Siri pendek ini mempunyai dua pelakon berbeza bagi setiap watak yang mana watak itu dibahagikan kepada versi TV dan versi "penuh". Pelakon-pelakonnya adalah:

Rina Honizumi (TV) and Miu Aoi (versi penuh) sebagai Nana Saigawa
Yusuke Shirai (TV) and Tetsuto Furukawa (versi penuh) sebagai Shuji Kuga
Tarusuke Shingaki (TV) and Makoto Sakurai (versi penuh) sebagai Soichiro Takamiya

Anime ini akan ditayangkan di Tokyo MX pada 1 Oktober 2017 dan juga ditayangkan di KBS Kyoto dan AT-X.  Laman web Anime Zone milik Comic Festajuga akan menyiarkan anime ini atas talian dengan versi orang dewasa

Saburou Miura, pengarah anime I Can't Understand What My Husband Is Saying, menjadi pengarah, penulis, dan pemeriksa skrip di Seven. Binme akan mereka bentuk dan ketua pengarah animasi dan Goichi Katanozaka akan menjadi pengarah seni. Sakura Komatsu akan menjadi menguruskan warna, Kazuto Horikawa menjadi penyunting dan pengarah fotografi, dan Takahiro Enomoto ialah pengarah bunyi di Studio Mausu.

Seiunsha menerbit manga tersebut di Jepun dan jilid susunan keduanya pada 18 April lepas. Comic Fest juga menerbitkan bab manga secara digital dan menerbitkan bab ke-18 pada 4 Ogos lepas.  Jurang umur cerita cinta mengenai budak bermasalah bernama Shuji Kuga dan cikgu perempuan yang lambat matang, Nana Saigawa.


Source: Comic Natalie, AnimeNewsNetwork

No comments:

Post a Comment