Permainan itu ialah pembikinan semula permainan yang asal, Ryu go Gotoku 2. Sebelum ini, Sega mengeluarkan versi HD untuk permainan ini di Jepun sahaja untuk platform PS3 pada 2012 dan untuk platform Wii U pada 2013.
Pembikinan semula dalam platform PS4 akan menggunakan "Dragon Engine" yang Sega gunakan untuk membuat Yakuza 6 :The Song of Life. Pembikinan ini juga akan memasukkan watak baru dan senario baru yang boleh diikuti.
Permianan Yakuza Kiwami yang pertama ialah pembikinan semula permainan Yakuza (Ryu ga Gotoku) yang asli dengan ciri-ciri grafik dibuat semula yang sangat berbeza serta digunakan platform PS4 dan saiz 1080p serta 60fps. Pelakon Jepun merakam semula percakapan mereka sempena permainan ini, dan buat pertama kali, Sega Barat akan mengeluarkan permainan Yakuza asli yang mempunyai bahasa Jepun walaupun di Barat. Pembikinan semula ini juga memasukkan atur cara perlawanan yang ditingkatkan. Permainan ini juga memasukkan sistem "Majima Everywhere", di mana Goro Majima akan muncul di dalam permainan ini ketika "masa yang tak sepatutnya".
Permainan ini dijual di Jepun pada 21 Januari bagi PS3 dan PS4.
Sega akan mengeluarkan permainan ini untuk Amerika Utara pada 29 Ogos, dan Deep Silver akan mengeluarkan permainan ini di Eropah pada hari yang sama. Kedua-dua syarikan ini akan mengeluarkan permainan ini dalam bentuk digital dan bentuk fizikal.
Sega akan mengeluarkan Yakuza 6 : The Song of Life (Ryu ga Gotoku 6 : Inochi no Uta) di Barat bagi platfrom PlayStation 4. Permainan ini ialah permainan garis utama yang pertama bagi francais tersebut yang mengekalkan sari kata dalam tajuk bahasa Inggeris dalam permainan itu.
Sumber : AnimeNewsNetwork, Dengeki Online, Inside Games (Nennetaro)
No comments:
Post a Comment