Tuesday, 29 August 2017

Permainan Video Gungrave VR Dilancarkan Untuk PS VR di Jepun Pada 2017

Pengeluar permainan video Korea mengumumkan pelancaran Gungrave VR "permainan menembak aksi sinematik" untuk PlayStation VR di Jepun pada 2017. Pembuat permainan video Korea, Iggymob akan membangunkan permainan itu.


Pemaju permainan ini akan memelihara dunia asal permainan Gungrave dan meneruskan cerita judul kedua, Gungrave : Overdose, untuk mengoptimumkan versi permainan asal dalam platform PlayStation VR. Ciri-ciri permainan ini ialah tembakan tanpa had, kamera orang ketiga, dan kamera orang pertama dengan "tembakan dinamik". Versi permainan untuk komputer yang menggunakan Oculus, Vive, dan alat mendengar VR yang lain juga dirancang selepas pelancaran untuk PlayStation 4, juga menggunakan PlayStation VR. 

Illustrator Yasuhiro Nightow dan kompser, Tsuneo Imahori kembali semula daripada permainan asal Gungrave untuk menjayakan permainan ini. Imahori akan menggubah lagi tema "Bara Armati" untuk permainan ini.

Permainan Gungrave asal milik Red Entertainment mula dijual untuk PlayStation 2 pada 2002. Sekuel, Gungrave : Overdose milik Ikusabune  mula dijual untuk PlayStation 2 pada 2004.

Permaian diinsipirasikan daripada anime bersiri 26 episod yang mula ditayangkan pada 2003 hingga 2004. MyAnimeList meringkaskan anime tersebut :


"Brandon Heat dan Harry MacDowel merupakan kawan yang sangat rapat hingga dianggap
sebagai adik beradik. Mereka menerima peringatan mendadak dan kejam tentang satu hari yang menyedarkan mereka bagaiman dunia boleh menjadi sangat kejam. Hidup mereka sebelum itu hanyalah ringkas dan riang iaitu bergaduh dengan orang tempatan, menggoda perempuan dan mencuri untuk terus hidup dan membuang masa. Mereka tidak sedar bahawa dalam dunia yang kejam ini, kebahagiaan hanyalah sekejap dan perubahan itu pasti.

Millenion, kawasan yang yang paling besar dan terkenal dengan mafia, di mana Brandon dan Harry diterima dan mereka mulakan hidup mereka dari bawah rantai makanan. Harry bercita-cita untuk meningkatkan tahap mereka dan menggantikan Big Daddy yang mana ketua Millenion sementara Brandon hanyalah ingin menyokong kawannya dan berbuat baik kepada Big Dadddy kerana dia menangkap perempuan yang Brandon cintai."

Berdasarkan anime itu, permainan kamera orang ketiga ini menggunakan nama yang sama, Gungrave, mempamerkan cerita mengenai persahabatan sejati, pengkhianatan dan ketamakan yang memakan beberap tahun dan akhirnya kembali semula kepada peringatan di awal episod dan menjadikan konlusi cerita ini sangat mendebarkan.

Sumber  : AnimeNewsNetwork, 4Gamer melalui Siliconera

No comments:

Post a Comment