Pengasas permainan komputer, White Owls, menyiarkan pratonton perdana untuk permainan komputer terbarunya, The Good Life, Selasa lepas. Video ini memperkenalkan serba sedikit atur cara permainan ini.
"Selamat datang ke The Good Life. Game ini disetkan di Rainy Wood, yang menggelar bandar mereka sendiri sebagai "bandar paling bahagia". Di dalam permainan ini, anda akan menjadi Naomi, jurugambar daripada New York yang mendapati dirinya tersekat di dalam bandar kecil di pedalaman England. Dia menjumpai cara untuk menyelesaikan hutangnya yang banyak tetapi mendapati bandar itu mempunyai rahsia yang mengerikan...
Pada waktu malam, semua penduduk bandar itu akan menjadi kucing. Kenapa perkara begini boleh berlaku? Perkara beginikah yang menyebabkan semua orang gembira? Akan tetapi, semua orang seperti tidak mengingati apa yang mereka buat pada waktu malam. Naomi ingin mengetahui apa yang berlaku di Rainy Wood.
Bukan hanya penduduk saja yang menjadi kucing pada waktu malam. Naomi juga menjadi kucing! Apabila matahari terbenam, anda akan dapat meneroka Rainy Wood dan mencari petunjuk dan barang berharga yang berkaitan dengan perjalanan cerita. Bandar ini sangat berbeza pada waktu malam kerana ada jalan rahsia, atap dan loteng yang hanya boleh kucing boleh pergi."
Pelaburan untuk kempen Fig ialah US$100(RM428)
Shuehiro melancarkan syarikat baru untuk permainan ini yang bernama White Owl pada 1 November 2016 di Osaka. Pada 2002, dia merupakan salah seorang ahli pengasas Access Games, di mana dia memulakan karier pengarah permainan dengan Spy Fiction. Dia juga terlibat dengan pembuatan permainan Deadly Premonition, Lord of Arcana, dan Lord of Apocalypse, dan D4: Dark Dreams Don't Die. Pengasas ini meletak jawatan Acces Games pada 2016.
Sumber : AnimeNewsNetwork
No comments:
Post a Comment