'
Cerita ini berkisarkan tentang "jushiki" (persamaan sihir), persamaan yang mengawal pemalar h di dalam pergerakan lalu mengubah hukum fizik di dalam skala yang besar lalu terhasillah bom TNT dan gas beracun yang menyebabkan malapetaka yang besar seperti gabungan plasma dan nuklear. Dua "jushikishi" (pengguna jushiki) yang menggunkan jushiki dalam pertaungan ialah Gayus (melawan nasib buruk dengan kebijaksanaan) dan pengguna pedang yang cantik tetapi kejam, Gigina. Kedua-dua mereka terpaksa bertarung dengan naga di dalam bandar Eridana yang merancangan untuk menjadi negara yang hebat.
- Nobunaga Shimazaki sebagai Gayus
- Yoshimasa Hosoya sebagai Gigina
- Yōko Hikasa sebagai Jivunya Lorezzo
- Yuko Kaida sebagai Nidvolk
- Takaya Hashi sebagai Mordin Orjes Gyunei
- Mutsumi Tamura sebagai Yorkan
- Yoshino Nanjō sebagai Curaso Opt Koga
- Takanori Hoshino sebagai Jesper Livy Raki
- Sora Tokui sebagai Berdrit Livy Raki
Akira Ishida, Go Inoue, Atsushi Imaruoka, Motomu Kiyokawa, Hiro Shimono, Tomokazu Sugita, Aya Suzaki, Rintarou Nishi, dan Rica Matsumoto juga akan terlibat dalam siri ini tetapi watak yang akan dipegang belum diketahui.
Hiroshi Nishikiori (A Certain Magical Index, Azumanga Daioh) menjadi ketua pengarah dan Hirokazu Hanai (pengarah episod Mirai Nikki, The Pilot's Love Song) akan mengarah siri ini di Seven Arcs Pictures. Takayo Ikami (Penguindrum, Beautiful Bones -Sakurako's Investigation-) bertanggunjawab dalam susunan siri ini dan Masaru Kitao (Death Note, Pops) menjadi pereka reka bentuk watak.
fripSide (Clockwork Planet, A Certain Scientific Railgun) akan menyanyikan lagu pembukaan dan Maon Kurosaki (Drifters, The Fruit of Grisaia) akan menyanyikan lagu penutup.
Asai melancarkan novel bersiri Saredo Tsumibito wa Ryū to Odoru dengan illustrasi oleh Miyagi pada 2003 dan bertukar penerbit daripada Kadokawa Sneaker Bunko kepada Gagaga Bunko oleh Shigakukan pada 2008. (Selepas penerbit bertukar, Asai menulis semula cerita dan menambah Dances with Dragon pada tajuknya.) Illustrator Zain menggantikan Miyagi bermula jilid ke-14 Gagaga Bunko. Jilid ke-20 mula dijual pada 20 September.
Wataru Mitogawa mengadaptasi dalam bentuk manga yang disiarkan di Sunday Web Every!!! oleh Shogakukan yang boleh dibaca secara atas talian. Yaku Haibara mengadapatasi cerita ini kepada manga sebelum manga ini di majalah Beans Ace oleh Kadokawa dan Kadokawa menerbitkan jilid pertama pada 2006. Beberapa drama dalam cakera padat juga diilhamkan daripada novel pendek ini.
Sumber : AnimeNewsNetwork
No comments:
Post a Comment