Tuesday, 5 September 2017

Video Anime Ngeri King's Game Memaparkan Pile Menyanyikan Lagu Penutup

Laman web rasmi King's Game The Animation, anime bersiaran di televisyen yang diadaptasi daripada novel di telefon bimbit Oosama Game (King's Game) mula memuat naik video promosi dan poster baru untuk anime itu Selasa lepas. Video itu juga memaparkan lagu penutup anime itu yang mana dinyanyikan oleh Pile yang bertajuk "Lost Paradise".



Anime ini akan disiarkan pada 5 Oktober di AT-X pada pukul 11:30 malam (12.30 pagi di Malaysia) dan akan disiarkan seminggu selepas itu di Tokyo MX dan BS11.

Noriyoshi Sasaki (Ojisan to Marshmallow) akan mengarah anime ini di Seven.Kenji Konuta (Toshokan Sensou (Library Wars),Haitai Nanafa, Ace of Diamond) akan bertanggungjawab dengan komposisi siri. Kan Soramoto (High School DxD, pengarah animasi) dan Yousuke Itou (Shinmai Maou no Testament Burst(The Testament of Sister New Devil BURST), pengarah animasi  Hybrid x Heart Magias Academy Ataraxia) juga bertanggungjawab dalam rekaan watak dan Soramoto juga diberikan ketua pengarah animasi.

Antara watak dalam rancangan ini ialah : 

Mamoru Miyano sebagai Nobuaki Kanazawa

Yui Horie sebagai Natsuko Honda
M.A.O sebagai Chiemi Honda
Pile sebagai Ria Iwamura
Yusuke Sasaki sebagai Kenta Akamatsu
Shinnosuke Tachibana sebagai Naoya Hashimoto

Akari Uehara sebagai Riona Matsumoto





Novel asal memulakan cerita dengan seluruh sekolah yang mempunyai 32 pelajar satu kelas menerima pesanan melalui telefon mereka daripada seseorang yang dikenali sebagai "King(Raja)". Pesanan itu mengandungi arahan yang wajib dipatuhi oleh pelajar atau mereka akan menerima hukuman bunuh. Dengan keadaan seperti telur di hujung tanduk itu, pelajar mendapati arahan itu semakin melampau.

Futabasha menerbitkan novel asal itu melalui telefon di dalam format tankoubon dalam 12 jilid daripada 2009 hingga 2015 dan juga dalam format lebih besar bunkoban dengan jumlah jild yang sama bermula 2011 hingga 19 Februari 2017. Futabasha juga menerbitkan edisi baru novel itu (di kiri) dengan label Futabasha Junior Bunko dan gambar dilukis oleh Chiba. Jilid keenam, yang terbaru, yang dicetak semula dijual pada 15 Mac.

Cerita ini juga mendapat adaptasi manga. Manga pertama dilukis oleh Hitori Renda dan disiarkan di servis atas talian Everystar Premium oleh Futabasha bermula 2011 hingga 2012 sebanyak lima jilid. Manga kedua oleh Renji Kuriyama, bertajuk Ousama Game : Shuukyoku, disiarkan di Everystar Premium bermula 2012 hingga 2014 sebanyak empat jilid. Manga ketiga oleh J-ta Yamada, bertajuk Ousama Game : Kigen, disiarkan majalah Monthly Action oleh Futabasha bermula 2014 hingga 2016 sebanyak enam jilid. Crunchyroll menerbitkan beberapa bab manga itu secara atas talian dengan nama King's Game : Origin. Manga keempat, sekali lagi oleh Kuriyama, bertajuk Ousama Game : Rinjou, dan disiarkan bermula 2015 hingga November 2016. Futabasha menerbitkan manga keempat dan jilid terakhir November lepas.

Satu filem live-action diinspirasikan daripada permainan itu dan mula disiarkan di Jepun pada Disember 2011. Aplikasi sosial telefon pintar dan berkaitan dengan filem itu juga dilancarkan pada November 2011.

Sumber : AnimeNewsNetwork

No comments:

Post a Comment