Bandai Namco Entertainment dan Bandai Namco Entertainment Amerika mula memuat naik video mengenai dua watak dalam Dragon Ball FighterZ pad Isnin lepas. Video itu memaparkan Yamcha dan Ten Shin Han sebagai watak yang boleh dimainkan.
Bandai Namco Entertainment akan melancarkan permainan berlawan tiga-lawan-tiga untuk platform PlayStation 4, Xbox One, dan PC. Bandai Namco Entertainment Amerika dan Eropah akan melancarkan "CollectorZ Edition" yang mengandungi figura Goku, tiga kertas lukisan, dan buku nota. Sesiapa yang menempah awal permainan ini di Eropah dan Amerika Utara akan mendapat kod untuk mendapat Super Saiya Blue Goku dan Super Saiya Blue Vegeta dan dua tempat kosong avatar.
Permainan ini dijadualkan untuk dilancarkan di Februari 2018. Closed Beta untuk permainan itu akan dikeluarkan pada 16 hingga 18 September.
Bandai Namco Entertainment Amerika menghuraikan permainan itu :
Arc System Works menjadikan permainan ini sebagai permainan yang hebat, penuh dengan aksi yang menggabungkan taktik berlawan 2D dengan model watak 3D lanjutan supaya pemain dapat merasakan mereka berlawan dalam siri Dragon Ball.
Bandai Namco Entertaiment memberi sedikit plot untuk permainan ini :
Dengan kembalinya Android 16 dan serangan tentera misteri, wira hebat hampir kalah. Apa yang bakal terjadi?
Watak yang boleh dimainkan ialah Goku (Super Saiyan), Gohan Remaja (Super Saiyan 2), Vegeta (Super Saiyan), Trunks Masa Depan (Super Saiyan), Freeza (Bentuk Terakhir,Freeza Keemasan), Cell (Bentuk Sempurna, Krillin, Piccolo, Android 18 (bersama Android 17), dan Android 16.
No comments:
Post a Comment