Wednesday, 6 September 2017

Video Promosi Anime Infini-T Force Hero Mendedahkan flumpool Menyanyikan Lagu Tema

Laman web rasmi anime televisyen dengan animasi CG, Infini-T Force oleh Tatsunoko Production mula memuat naik video promosi pada Rabu lepas. Video itu menunjukkan pelakon suara dan mendedahkan lagu tema yang bertajuk "To be continued ..." oleh kumpulan flumpool.


 



Lagu itu merupakan lagu tema untuk kedua-dua anime disiarkan di televisyen yang bermula pada Oktober dan versi filem yang mula ditayangkan pada Februari. Teater Shinjuku Piccadilly di Tokyo akan membuat tayangan awal pada 17 September dengan pelakon suara Tomokazu Seki dan Ai Kayano dan juga pengarah Kiyotaka Suzuki.

Antara watak cerita ini ialah : 

Tomokazu Seki sebagai Gatchaman (G-1)/Ken Washio

Takahiro Sakurai sebagai Tekkaman/Jouji Minami
Kenichi Suzumura sebagai Polymar/Takeshi Yoroi
Souma Saitou sebagai Casshan/Tetsuya Azuma


Ai Kayano sebagai Emi Kaido, seorang perempuan pelajar yang tinggal di bandar moden, Shibuya di Tokyo. Dia tak berminat dengan apa-apa dan selalu dingin. Kelakuan dia menyebabkan orang menjauhi dia.

Atsushi Ono sebagai Z, seorang lelaki yang misteri yang terlibat dengan urusan rahsia di sebalik kejadian yang pelik yang berlaku di dunia. Sikap sebenar dia tidak diketahui dan dia dikenali dengan huruf terakhir, "Z".
Hiroki Yasumoto sebagai Raja Kaan, seekor gergasi dengan ketinggian tiga meter. Dia mempunyai bentuk raksasa yang hodoh.
Daisuke Hirakawa sebagai Damian Gray, seorang lelaki yang terikat dengan fesyen visual-kei yang bergaya. Dia dapat bertutur dalam bahasa luar yang bercampur-campur.

Kana Hanazawa sebagai Belle Lynn, seorang perempuan yang mempunyai kebolehan berlawan yang sangat hebat dan mustahil untuk mengagaknya kerana rupanya yang cantik.

Projek ini menyambut ulang tahun ke-55 Tatsunoko Production pada Oktober 2017. Anime itu akan menayangkan keempat-empat wira Tatsunoko Production, Tekkaman (Space Knight); Casshan (Casshern); Gatchaman; dan Hurricane Polymar.
Kiyotaka Suzuki (Psycho-Pass 2) akan mengarah anime ini di Digital Frontier ((The Boy and The Beast, Wolf Children), dan Toshiya Ono (Gatchaman Crowds, Ao no Exorcist: Kyoto Fujouou-hen(Blue Exorcist: Kyoto Saga)) akan mengawasi skrip anime. Pelukis manga Oh! great (enjo Tenge, Air Gear) akan mereka konsep watak yang asal. Keiichi Satou (The Big O, Makai Tenshou (Ninja Resurrection)) akan bertanggungjawab dengan reka bentuk konsep wira asal, dan Koji Nakakita ((Gatchaman Crowds, Juusou Kikou Dancougar Nova) akan bertanggungjawab dalam reka bentuk sut dan mekanikal.
Cerita anime akan berbeza dengan manga terdahulu Infini-T Force ~Mirai no Byousen~ (Infini-T Force: Writing Line of the Future) oleh Ukyou Kodachi (Boruto, novel Naruto - Gaara Hiden: Sajingensou). Udon Entertainment menerbitkan manga itu.
Siri televisyen akan mula ditayangkan pada 3 Oktober pada 25:59 (Oktober 4 pada 1:59 pagi - 2:59 pagi waktu malaysia) di NTV. Rancangag ini akan disiarkan sebagai sebahagian daripada program satu jam baru, AnichU, oleh NTV. Siri ini juga disiarkan di YTV, Sapporo TV, Shizuoka Daiichi TV, Hiroshima TV, dan Fukuoka Broadcasting bermula Oktober. Anime akan dapat ditonton secara atas talian di Jepun di Hulu.
Siri televisyen ini membuat kemunculan sulung di Anime Expo bulan lepas.

No comments:

Post a Comment