Friday, 8 September 2017

Video Watak 'Roll Call' ketiga Danganronpa V3: Killing Harmony Dimuat Naik

NIS America mula memuat naik video untuk permainan misteri yang baru, Danganronpa V3: Killing Harmony (New Danganronpa V3: Minna no Koroshiai Shin Gakki) pada Khamis lepas. Video "roll call" ketiga menyerlahkan beberapa watak permainan ini antaranya K1-B0, Gonta Gokuhara, Shuichi Saihara, Tsumugi Shirogane, dan Monosuke.




Permainan ini boleh ditempah awal secara digital. Sesiapa yang menempah awal versi digital akan menerima tema percuma.

NIS Amerika akan menjual permainan ini untuk platform PlayStation 4 dan PlayStation Vita pada 26 September di Amerika Utara dan pada 29 September untuk Eropah. Edisi khas, yang mana hanya ada di kedai atas talian NIS America mengandungi "bunyi latar khas", yang mana bunyi latar untuk permainan itu sendiri, buku seni dengan kulit keras, beg galas, fon kepala dan kotak pengumpul.



NISA meringkaskan permainan ini : 

Selamat datang ke dunia Danganronpa yang baru, dan bersedia untuk bermain episod yang paling besar dan menggembirakan. Dengan persekitaran yang "psiko-dingin", pelakon baru untuk 16 watak mendapati diri mereka diculik dan dikurung di sekolah. Di dalam itu, beberapa orang akan membunuh, beberapa orang akan mati dan beberapa orang akan dihukum. Alaminya semula pengalaman menyiasat yang dengan pertaruhan besar, pantas tatkala anda menyiasat kes pembunuhan yang berbelit dan mengutuk kawan baru anda sehingga dia mati.

Permainan ini ditetapkan di akademi yang dipagar dan terletak dalam sangkar yang besar. Meskipun permainan ini lebih kurang dengan yang sebelum ini, watak mascot yang sama, Monokuma dan sistem permainan asas yang sama, tempat permainan ini bukannya di Akademi Hope's Peak dan watak yang lain membintanginya.

No comments:

Post a Comment