CD single untuk lagu itu dijadualkan untuk dijual pada 4 Oktober. Bergantung kepada penjual, single itu mungkin mengandungi salah satu rantai kunci getah Dragon Ball jika dibeli daripada Tower Records, Tsutaya, HMV, mungkin juga mengandungi poster yang ditandatangani jika dibeli daripada Village Vanguard, indiesmusic.com, satu poskad jika dibeli daripada Amazon.co.jp atau pelekat Dragon Ball untuk semua kedai CD di seluruh Jepun.
Episod istimewa satu jam untuk One Piece akan disiarkan pada hari Ahad, 1 Oktober pada 9:00 pagi (8:00 pagi waktu Malaysia). Episod istimewa satu jam untuk Dragon Ball Super akan disiarkan seminggu selepas itu, 8 Oktober pada waktu yang sama. Dragon Ball Super dan One Piece biasanya akan bersiaran pada setiap hari Ahad dari jam 9:00 pagi hingga 10:00 pagi. Setiap episod istimewa itu mengandungi dua episod bagi setiap siri itu.
Dragon Ball Super juga termasuk dalam acara penyiaran 27 jam oleh stesen Fuji TV pada 9 dan 10 September. Acara ini akan menyiarkan segmen anime yang mengandungi watak daripada Dragon Ball Super untuk memberitahu sejarah Jepun.
Dragon Ball Super mula ditayangkan di Jepun pada Julai 2015 di Fuji TV dan saluran lain. Alih bahasa Inggeris anime ini oleh Funimation disiarkan di Adult Swim oleh blok Toonami bermula 7 Januari.
FunimationNow, Crunchyroll, Daisuki, dan siaran atas talian AnimeLab mula menyiarkan secara atas talian dengan sari kata bahasa Inggeris pada hari yang sama dengan Jepun.
Sumber : AnimeNewsNetwork
Sumber : AnimeNewsNetwork
No comments:
Post a Comment