Friday, 15 September 2017

Video Promosi Musim Kedua Anime Mr. Osomatsu Disiarkan

Laman web rasmi anime bersiri  Osomatsu-san (Mr. Osomatsu) mula memuat naik video promosi musim kedua anime itu pada Jumaat lepas.



Anime ini akan disiarkan pada 25:35 pada 2 Oktober (01:35 pagi waktu tempatan pada 3 Oktober) di TV Tokyo dan TV Aichi dan juga disiarkan di TV Osaka, AT-X dan BS Japan Channel.

Yoichi Fujita kembali mengarah musim kedua anime ini di Studio Pierrot bersama pereka watak, Naoyuki Asano. Shuu Matsubara juga kembali menjadi pemantau skrip dan penulis skrip. Staff yang lain juga kembali dan juga pelakon suara utama. AOP juga kembali menyanyikan lagu pemulaan sementara ROOTS66 (27 pemain musik yang dilahirkan pada tahun 1966 - tahun yang sama Osomatsu-san mula disiarkan) akan menyanyikan lagu penutup yang bertajuk "Let's Go! Muttsugo! ~6-iro no Niji~" (Mari Pergi! Kembar Enam! Enam Warna Pelangi) bersama-sama pelakon suara.

Anime bersiri Osomatsu-san diadaptasi daripada manga hasil kerja Fujio Akatsuka yang berkisarkan tentang keluarga Matsuno yang mempunyai enam anak lelaki yang nakal (kembar enam). Kesemua kembar ini, termasuklah Osomatsu yang paling tua, jatuh cinta pada seorang gadis, Totoko. Karya asal siri Osomatsu berkisarkan tentang mereka ketika usia sepuluh tahun. Rancangan sekarang berkisarkan kisah semula manga asal dan anime TV dengan kembar enam itu menjadi dewasa.

Anime bersiri Osomatsu-san mula ditayangkan pada Oktober 2015 dan Crunchyroll memuat naik siri itu pada waktu yang sama ketika Jepun menayangkannya. Episod khas, Osomatsu-san Ouma de Kobanashi, disiarkan di Jepun pada 12 Disember, dan Crunchyroll memuat naik anime itu dengan tajuk "Mr. Osomatsu JRA Special 2016." Episod khas 24 minit itu merupakan sebahagian daripada "Hashire! Oumatsu-san", hasil kerja sama antara Osomatsu dan Japan Racing Association (Persatuan Berluma Jepun). Kerja sama itu juga mengandungi empat episod pendek yang bertajuk "Mutsugo to Ouma no Monogatari" (Cerita Kembar Enam dan Kuda)

Vid Media membeli hak siaran secara atas talian, penjualan terus secara elektronik, siaran di rumah dan barang cenderamata untuk anime Osomatsu, termasuklah kedua ini.

No comments:

Post a Comment